Pada
hari Rabu, 8 Januari 2020 Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan
sesi taklimat dan Pendaftaran unit kokurikulum termasuk Pasukan Beruniform,
Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. Sesi tersebut dijalankan bermula
jam 7.35 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Sesi pendaftaran dijalankan
serentak bagi semua unit kokurikulum termasuk sukan dan permainan, Badan
Beruniform serta Kelab dan Persatuan. Program berjalan lancar dan berakhir
sepenuhnya pada jam 10.00 pagi.
smkod
Wednesday, 26 February 2020
Tuesday, 25 February 2020
ORIENTASI MURID TINGKATAN 1 TAHUN 2020
Pada hari Selasa, 31 Disember
2019, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan
Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan 1. Program tersebut diadakan di ruang
serbaguna bermula jam 8.00 pagi. Ibu bapa yang hadir berkumpul di Dewan Utama
bagi mengikuti sesi memperkenalkan barisan pentadbir serta mendengar taklimat
daripada Tuan Pengetua. Murid-murid yang berada di Ruang Serbaguna dikendalikan
oleh Guru Kaunseling iaitu Puan Nor Aidawati. Setelah selesai, murid-murid
tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama ibu bapa untuk sesi
perjumpaan bersama dengan guru kelas. Selepas itu, murid-murid bergerak ke
bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi
sekolah. Program selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)