Monday, 23 March 2015

KURSUS KEPIMPINAN MURID 2015

1.0              PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Murid diadakan pada hari Sabtu, 14 Febuari 2015 bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan En. Hafizzal b. Ramli,  konsultan daripada Wirajaya Excellence Consultancy dan usaha sama Unit Bimbingan dan Kauseling SMK Orkid Desa.

2.0              PELAKSANAAN
           
            Pendaftaran bermula pada  pukul 7.00 pagi di Aras Bawah Laluan Utama   Bangunan Pentadbiran  SMK Orkid Desa.   Semua peserta kursus berkumpul di Dewan Utama SMK Orid Desa pada pukul 7.30 pagi. Kursus bermula pada jam 7.30 pagi dengan memperkenalkan penceramah Kursus Kepimpinan Murid 2015, iaitu En. Hafizzal b. Ramli daripada     Wirajaya Excellence Consultancy.   Seterusnya sesi ice breaking yang    dikendalikan   oleh fasilitator, En. Hafizzal b. Ramli.
             Kursus ini  diteruskan dengan sesi  memberi pendedahan tentang konsep kendiri pemimpin. Antara aktivitinya termasuk public speaking.   Peserta kursus dibahagikan kepada empat kumpulan yang memainkan peranan    sebagai ayah, ibu, anak dan masyarakat.  Selepas aktiviti perbincangan dan sumbangsaran antara ahli-ahli kumpulana,  mereka dikehendaki membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan peranan tersebut.
             Peserta kusus menikmati minum pagi di kantin sekolah.  Mereka dibekalkan dengan roti dan air kotak. Sesi ini diketuai oleh Saudara Muhamad Eiman Emir b. Norhan dan Saudari   Hamizah bt. Muhammad Salleh. Selepas rehat dan minum pagi, kursus kepimpinan murid diteruskan dengan sesi Tanggungjawab.  Dalam sesi ini, peserta kursus didedahkan tentang komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.  Semua peserta   kursus dikehendaki memegang seutas tali dengan menggunakan satu jari dan     mengangkat tali tersebut secara serentak.  Arahan mengangkat tali tersebut dikendalikan oleh En. Hafizzal b. Ramli.  Moral daripada  aktiviti   Mengangkat   Tali ini ialah sebagai pemimpin perlu Jelas dalam Memberi Arahan dan sebagai orang bawahan, Arahan Ketua Hendaklah Diikuti.
        Peserta kursus berhenti rehat dan makan tengah hari.  Peserta menikmati nasi ayam bersama dengan sayur di Kantin Sekolah.  Selepas makan tengah hari, murid   beragama Islam solat di Surau SMK Orkid Desa sebelum kursus disambung semula pada pukul 2.00 petang.
        Selepas  makan tengah hari dan rehat, sesi seterusnya ialah Eksplorasi Minda         dengan tema Save Our Soul ( S.O.S ).

           Melalui aktiviti ini, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ialah
·      Pengurusan konflik, penyelesaian masalah IEQ, motivasi diri dan kemahiran berunding.
·       Pemimpin (Penghulu dan Penolong Penghulu) akan didenda disebabkan tidak memberi arahan yang tepat.
·       Ketahanan mental sebagai pemimpin dinilai.
·       Kerjasama pasukan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi.

          Penilaian sepanjang kursus telah dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan     kaunseling, Pn. Nor Aidawati bt. Mohamed.  Borang Penilaian dan Maklum       Balas Kursus telah diedarkan kepada semua peserta kursus.  Antara aspek yang dinilai sepanjang kursus tersebut ialah

·         Bahan Ceramah
·         Aktiviti
·         Penyampaian Penceramah
·         Tempat Kursus
·         Makanan
·         Pengurusan Masa

         Majlis perasmian dan penutupan kursus bermula pada pukul 4.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa yang diketuai oleh murid Tingkatan 4, Saudara Khairul Afiq b. Mohd Rashid dan   dikuti dengan tayangan multimedia yang memaparkan aktiviti sepanjang kursus kepimpinan ini berlangsung. Majlis diteruskan dengan ucapan PK Pentadbiran dan Kurikulum, Pn. Aziah bt. Ahmad yang mewakili Pengetua SMK Orkid Desa. Seterusnya Malis Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan Murid 2015 disempurnakan oleh YDP  PIBG SMK Orkid Desa, En. Aminuddin Jamal b. Jamaluddin.

            Selesai sahaja Majlis Perasmian Penutupan, penyampaian sijil kepada semua peserta dan tiga peserta terbaik telah disampaiakan oleh YDP PIBG. Tiga kumpulan yang terbaik juga telah menerima hadiah dalam bentuk hamper. Sebagai menghargai komitmen fasilitator yang mengendalikan kursus, pihak sekolah telah memberikan sijil penghargaan kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat.  Pn. Aziah bt. Ahmad yang mewakili Pengetua SMK orkid Desa telah menyampaian cenderahati kepada YDP PIBG SMK Orkid Desa, En. Aminuddin Jamal b. Jamaluddin sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerana menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Kepimpinan murid SMK Orkid Desa Tahun 2015.

            Kursus berakhir dengan sesi bergambar yang dimulai dengan sesi bergambar semua peserta kursus diikuti sesi bergambar bersama dengan YDP PIBG, Penolong-penolong Kanan, Guru Bimbingan dan kaunseling, fasilitator dan guru-guru SMK Orkid Desa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...