Wednesday, 12 October 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2016

Generasi celik sukan perlu dilahirkan bagi menyediakan generasi yang mampan dan seimbang dalam semua aspek. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. SMK Orkid Desa menyahut seruan berkenaan dengan merangka aktiviti-aktiviti sukan untuk dilaksanakan semasa sambutan tersebut iaitu pada hari Sabtu, 8 Oktober 2016.
        Sekolah telah berjaya menyempurnakan program Hari Sukan Negara yang melibatkan semua murid dan guru. Murid dan guru berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 7.30 pagi untuk mengambil kedatangan dan taklimat program yang dikendalikan oleh Puan Evarina. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Murid dan guru melibatkan diri dengan aktif dan penuh bersemangat.
        Selepas itu, Murid dan guru rehat selama 30 minit. Pada jam 9.30 pagi, murid dan guru berkumpul semula di dataran perhimpunan bagi meneruskan aktiviti sukan. Murid dan guru lelaki terlibat dengan pertandingan Futsal manakala murid dan guru perempuan terlibat dengan pertandingan Bola Jaring. Penglibatan murid dan guru amat menggalakkan dan sambutan ini perlu diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Semua aktiviti selesai sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.












Thursday, 6 October 2016

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2016

Hasil kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat termasuk guru-guru, AJK PIBG dan Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa, satu perkhemahan kokurikulum telah berjaya dilaksanakan bermula pada Jumaat, 30 September 2016 hingga Ahad, 2 Oktober 2016. Perkhemahan tersebut telah melakar sejarah yang mana ia merupakan perkhemahan kokurikulum kali pertama yang dijalankan di SMK Orkid Desa.
       Perkhemahan tersebut telah disertai oleh 40 orang murid dan dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dilaksanakan sepanjang 3 hari perkhemahan tersebut termasuk abseiling, memanah, jungle trekking, ikhtiar hidup, LDP dan aktiviti-aktiviti riadah. Pada malam terakhir, majlis BBQ dijalankan dan murid-murid, ibu bapa yang hadir serta guru-guru dijamu dengan hidangan yang sangat menyelerakan.
       Majlis penutupan telah dilaksanakan di Dewan Utama SMK Orkid Desa bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Samad Bin Othman. Murid dan guru pulang ke rumah masing-masing pada jam 1.00 petang.
.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...