Hasil kerjasama dan usaha semua pihak yang terlibat termasuk guru-guru, AJK PIBG dan Unit Kokurikulum SMK Orkid Desa, satu perkhemahan kokurikulum telah berjaya dilaksanakan bermula pada Jumaat, 30 September 2016 hingga Ahad, 2 Oktober 2016. Perkhemahan tersebut telah melakar sejarah yang mana ia merupakan perkhemahan kokurikulum kali pertama yang dijalankan di SMK Orkid Desa.
Perkhemahan tersebut telah disertai oleh 40 orang murid dan dikendalikan sepenuhnya oleh konsultan yang telah dilantik oleh pihak sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dilaksanakan sepanjang 3 hari perkhemahan tersebut termasuk abseiling, memanah, jungle trekking, ikhtiar hidup, LDP dan aktiviti-aktiviti riadah. Pada malam terakhir, majlis BBQ dijalankan dan murid-murid, ibu bapa yang hadir serta guru-guru dijamu dengan hidangan yang sangat menyelerakan.
Majlis penutupan telah dilaksanakan di Dewan Utama SMK Orkid Desa bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Samad Bin Othman. Murid dan guru pulang ke rumah masing-masing pada jam 1.00 petang.
No comments:
Post a Comment