Wednesday 12 October 2016

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2016

Generasi celik sukan perlu dilahirkan bagi menyediakan generasi yang mampan dan seimbang dalam semua aspek. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Sukan Negara yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. SMK Orkid Desa menyahut seruan berkenaan dengan merangka aktiviti-aktiviti sukan untuk dilaksanakan semasa sambutan tersebut iaitu pada hari Sabtu, 8 Oktober 2016.
        Sekolah telah berjaya menyempurnakan program Hari Sukan Negara yang melibatkan semua murid dan guru. Murid dan guru berkumpul di Dataran Perhimpunan pada jam 7.30 pagi untuk mengambil kedatangan dan taklimat program yang dikendalikan oleh Puan Evarina. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi. Murid dan guru melibatkan diri dengan aktif dan penuh bersemangat.
        Selepas itu, Murid dan guru rehat selama 30 minit. Pada jam 9.30 pagi, murid dan guru berkumpul semula di dataran perhimpunan bagi meneruskan aktiviti sukan. Murid dan guru lelaki terlibat dengan pertandingan Futsal manakala murid dan guru perempuan terlibat dengan pertandingan Bola Jaring. Penglibatan murid dan guru amat menggalakkan dan sambutan ini perlu diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Semua aktiviti selesai sepenuhnya pada jam 11.30 pagi.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...