SMK Orkid Desa sentiasa mengamalkan sifat keterbukaan dalam
pelbagai aspek. Hal tersebut dapat dibuktikan apabila pada setiap tahun murid diberikan
peluang untuk memilih Unit Kokurikulum masing-masing. Pada tahun ini, sesi
pendaftaran unit kokurikulum dijalankan selama tiga hari iaitu bermula pada 9 Januari
hingga 11 Januari 2018. Sesi tersebut dijalankan bermula jam 7.35 pagi dan
berakhir pada jam 9.35 pagi.
Pada hari pertama, sesi pendaftaran bagi
sukan dan permainan dijalankan manakala hari kedua diteruskan dengan
pendaftaran bagi Badan Beruniform. Sesi pendaftaran bagi Kelab dan Persatuan
dijalankan pada hari terakhir. Selepas sesi pendaftaran, setiap unit berkumpul
di tempat yang telah ditetapkan untuk menjalankan mesyuarat agung dan
perlantikan AJK. Program berjalan lancar dan murid menunjukkan semangat yang
tinggi untuk menyertai unit kokurikulum masing-masing.
No comments:
Post a Comment