Pada hari Khamis, 28 Disember
2018, SMK Orkid Desa telah mengadakan Hari Orientasi bagi murid-murid tingkatan
1 dan tingkatan 4. Majlis tersebut diadakan bermula jam 8.00 pagi bertempat di
Dewan Utama bagi murid tingkatan 1 dan di Ruang Serbaguna bagi murid tingkatan
4. Ibu, bapa dan penjaga kepada murid tingkatan 1 yang hadir mendaftarkan
kehadiran masing-masing di meja pendaftaran dan terus bergerak ke Dewan Utama. Semasa
majlis tersebut, para ibu bapa diperkenalkan dengan barisan pentadbir serta
mendengar taklimat daripada Tuan Pengetua. Murid-murid pula berada di Ruang Serbaguna
untuk mendengar taklimat daripada Puan Aidawati, Kaunselor sekolah. Setelah
selesai, murid-murid tingkatan 1 bergerak ke kelas masing-masing bersama-sama ibu
bapa untuk berjumpa dengan guru kelas. Sebelum pulang, murid-murid bergerak ke
bilik SPBT untuk mengambil buku teks dan membuat pembelian buku di koperasi
sekolah. Murid-murid tingkatan 4 mendengar taklimat daripada setiap Ketua Panitia
tentang mata pelajaran yang akan dipelajari. Majlis selesai sepenuhnya pada jam
12.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment