Friday 18 May 2018

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN

Pada hari Ahad, 15 April 2018 yang lalu, Unit Sukan SMK Orkid Desa yang diketuai oleh Encik Rozi bin Ali telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah dengan jayanya. Kejohanan tersebut dijalankan di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula jam 8.00 Pagi. Murid dan guru berkumpul di kawasan astaka bagi menyaksikan upacara perasmian kejohanan. Peserta perbarisan bergerak ke trek laluan dan bersedia untuk acara perbarisan masuk padang. 
Pada jam 8.00 pagi, upacara perasmian dimulakan dengan perbarisan masuk padang oleh pembawa bendera dan diikuti oleh perbarisan rumah sukan yang terdiri daripada ahli rumah sukan masing-masing. Setiap rumah sukan telah mempamerkan pakaian seragam yang kreatif serta berwarna-warni. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan. Semua hadirin bersama-sama mendengar ucapan perasmian yang disampaikan oleh YDP PIBG, En. Razali Bin Baharin.
Pada jam 9.00 pagi, acara kejohanan sukan dimulakan. Acara yang dipertandingkan adalah 100m, 200m, 400m dan 4 x 100m. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu L1, L2, L3 serta P1, P2 dan P3. Upacara penyampaian hadiah dijalankan bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir sepenuhnya pada jam 1.00 petang.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...