Tuesday 22 May 2018

HARI ANUGERAH CEMERLANG

Pada hari Jumaat, 20 April 2018, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang yang dijalankan di Dewan Utama bermula jam 8.00 pagi. Para guru dan ibu bapa yang hadir mula mendaftar di meja pendaftaran bermula jam 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Wilayah dan Lagu Sekolah. Setelah selesai bacaan doa, semua hadirin bersama-sama mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua dan seterusnya ucapan perasmian yang disempurnakan oleh YDP PIBG, Encik Mohd Razali b. Baharin. Majlis diteruskan dengan persembahan tayangan multimedia berkenaan dengan aktiviti-aktiviti akademik yang dijalankan sepanjang tahun 2017. 
         Majlis penyampaian sijil dan hadiah dimulakan dengan Program Pendidikan Khas, PPKI diikuti oleh anugerah bagi tingkatan 1 serta tingkatan 2. Setelah selesai, para hadirin dihidangkan dengan persembahan Tali “Skipping” yang dipersembahkan oleh ahli kelab Doktor Muda. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah bagi tingkatan 4 yang disampaikan oleh YDP PIBG. Seterusnya penyampaian anugerah bagi PT3 dan diakhiri dengan anugerah bagi SPM. Majlis berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 11.30 pagi. 











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...