Pada 4 hingga 6 Mei yang lalu,
Unit HEM serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melaksanakan Kursus
Kepimpinan Pengawas dan Kokurikulum bagi tahun 2018. Kursus tersebut diadakan
di Chalet Desa Bagan, Bagan Lalang yang melibatkan 40 orang Pengawas Sekolah
dan AJK tertinggi Pasukan Badan Beruniform. Kursus tersebut dikendalikan oleh
konsultan yang dijemput untuk menjalankan aktiviti-aktiviti serta LDP sepanjang
tiga hari dua malam tersebut. Antara objektif yang digariskan adalah untuk
melahirkan barisan pengawas dan murid yang mempunyai daya kepimpinan yang
tinggi, berkeyakinan dan serba boleh.
Terdapat banyak slot aktiviti yang menarik dijalankan semasa kursus
tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah slot LDP, ice-breaking, night walk, jungle trekking
dan sebagainya. Semua peserta menunjukkan sikap yang amat baik dan positif
sepanjang kursus tersebut serta melibatkan diri dengan aktif. Para peserta
kursus diharapkan supaya dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi semasa kursus
apabila menjalankan tugas di sekolah nanti. Kem kepimpinan berjalan lancar dan
murid pulang ke sekolah pada 9 April jam 3.00 petang setelah selesai acara
penutup dan penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh PK Kokurikulum, En. Azmi
b. Mohd Isa.
No comments:
Post a Comment