Tuesday 5 June 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini diraikan dengan penuh keceriaan dan warna-warni. Tema hari guru pada tahun ini adalah 'Guru Pencetus Transformasi Pendidikan'. Guru-guru SMK Orkid Desa sentiasa komited untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Hal tersebut terbukti apabila setiap guru memakai pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu "Modern Arabic". Majlis tersebut telah diadakan pada hari Rabu, 16 Mei 2018 di Dewan Utama SMK Orkid Desa. 
          Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mohd Razali b. Baharin dan juga AJK PIBG yang lain. Pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan oleh murid dan guru termasuk nyanyian, tarian kontemporari dan teater. Acara sukaneka guru turut dijalankan termasuk Musang Berjanggut, Tiup Belon dan Hiasan Bento. Majlis ditutup dengan acara penyampaian hadiah. Penyampaian anugerah guru turut dijalankan termasuk guru paling kreatif, guru paling penyayang dan sebagainya. Majlis sambutan berjalan dengan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 1.00 tengah hari. Setelah tamat, semua guru dan para jemputan bergerak ke Ruang Serbaguna untuk menikmati jamuan.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...