Tuesday 5 March 2019

HARI PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM

Pada 21 Februari yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya melaksanakan Program Hari Penetapan Target PT3 dan SPM pada bermula jam 7.30 pagi. Program tersebut diadakan di Dewan Utama Sekolah dan dihadiri oleh ibu, bapa dan penjaga kepada murid - murid tingkatan 3 dan tingkatan 5. Majlis bermula dengan ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Puan Fauziah bt. Mohamad. Dalam ucapan tersebut, beliau telah membentangkan analisis pencapaian murid dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Beliau juga menyampaikan taklimat berkenaan Dual Language Program (DLP) dan format terkini Penilaian Tingkatan 3 (PT3). 
           Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP PIBG, Encik Mohd Razali b. Baharin. Selepas itu, program diteruskan dengan slot Ceramah Keibubapaan yang disampaikan oleh penceramah jemputan. Setelah selesai, para ibu bapa bersama murid bergerak ke kaunter mengikut kelas masing-masing untuk berbincang dengan guru kelas untuk menetapkan target bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Program berjalan lancar dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...