Thursday, 14 March 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-6

Pada hari Sabtu, 23 Februari 2019 yang lalu, SMK Orkid Desa telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  kali ke-6 bagi tahun 2019. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Utama, SMK Orkid Desa bermula pada jam 8.00 pagi. Ibu bapa mula hadir pada jam 7.30 pagi dan mendaftarkan kehadiran mereka secara bertulis dan secara atas talian dengan mengimbas QR Code yang di paparkan di meja pendaftaran serta di layar putih. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan. Seterusnya bacaan doa oleh saudara Hafiz b. Amir, pelajar tingkatan 5 Tera. 
           Majlis diteruskan dengan ucapan dan taklimat daripada Tuan Pengetua, Encik Abdul Samad B. Othman dan diikuti oleh ucapan daripada Yang Dipertua (YDP) PIBG sesi 2018/2019, Encik Mohd Razali B. Baharin. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-6 Tahun 2019 bermula tepat jam 11.00 pagi. Pelbagai isu dilontarkan dan Tuan Pengetua serta YDP PIBG segera menjawab segala perkara yang dibangkitkan oleh para ibu dan bapa. Pelantikan AJK berjalan lancar dan pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada AJK yang baharu dilantik. Majlis berakhir sepenuhnya tepat jam 12.30 tengah hari.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...