Tuesday 9 July 2019

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH

Unit Sukan SMK Orkid Desa yang diketuai oleh Encik Rozi bin Ali sekali lagi telah berjaya menganjurkan Kejohanan Sukan Sekolah dengan jayanya Pada hari Sabtu, 27 April 2019. Kejohanan tersebut diadakan bertempat di Stadium Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula jam 8.00 Pagi. Murid dan guru berkumpul di kawasan tempat duduk stadium bagi menyaksikan upacara perbarisan dan perasmian kejohanan. Upacara perasmian dimulakan dengan perbarisan masuk padang oleh pembawa bendera dan diikuti oleh perbarisan rumah sukan yang terdiri daripada ahli rumah sukan masing-masing. Setiap rumah sukan telah mempamerkan pakaian seragam mengikut tema masing-masing. 
                Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan. Semua hadirin bersama-sama mendengar ucapan daripada Tuan Pengetua dan ucapan perasmian yang disampaikan oleh YDP PIBG, En. Razali Bin Baharin. Acara kejohanan sukan dimulakan Pada jam 9.00 pagi. Acara yang dipertandingkan adalah 100m, 200m, 400m dan 4 x 100m. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu L1, L2, L3 serta P1, P2 dan P3 mengikut jantina dan tingkatan. Para peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang acara dijalankan. Kejohanan sukan tamat pada jam 12.00 tengah hari dan upacara penyampaian hadiah dijalankan bermula jam 12.30 tengah hari. Program berjalan lancar berakhir sepenuhnya pada jam 1.00 petang.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...