Thursday 11 July 2019

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru merupakan antara acara yang paling ditunggu-tunggu oleh para guru dan murid. Hal tersebut kerana, pada setiap tahun sambutan tersebut diraikan dengan penuh keceriaan dan warna-warni. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Jumaat, 3 Mei 2019 di Dewan Utama bertemakan 'Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi'. Guru-guru SMK Orkid Desa mengenakan pakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu "Sopan dan Glamour". Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG, En. Mohd Razali b. Baharin dan juga AJK PIBG yang lain. 
           Pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan oleh murid dan guru termasuk nyanyian, tarian kontemporari dan persembahan sketsa. Sambutan hari guru pada tahun dijalankan dengan penuh kesederhanaan tetapi meriah. Majlis ditutup dengan acara penyampaian hadiah mengikut kategori. Penyampaian anugerah guru turut dijalankan termasuk guru paling kreatif, guru paling penyayang dan sebagainya. Majlis sambutan berjalan dengan lancar dan tamat sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari. Setelah tamat, semua guru dan para jemputan bergerak ke Ruang Serbaguna untuk menikmati jamuan.











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...