Program Dialog Prestasi
Kemenjadian Murid SMK Orkid Desa Tahun 2019 telah berjaya dilaksanakan pada
hari Khamis, 4 Julai 2019. Program ini bermula jam 8.30 pagi. Ibu bapa dan
penjaga hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan Peperiksaan Pertengahan
Tahun anak masing-masing. Program seperti ini diadakan setiap tahun sebagai
satu platform kepada guru, murid dan ibu bapa untuk bersama-sama berbincang dan
mencari alternatif dalam meningkatkan prestasi akademik murid.
Program Dialog Prestasi Kemenjadian Murid ini juga bertujuan meningkatkan motivasi dan komitmen murid dalam
menghadapi peperiksaan. Di samping itu, ia juga dapat memberi ruang kepada guru
dan ibu bapa berbincang bagi mengatasi kelemahan murid dalam akademik serta
meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah diri. Program berjalan lancar dan
tamat sepenuhnya pada jam 1.50 tengah hari.
No comments:
Post a Comment