Monday 30 September 2019

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2019


Semangat cintakan negara sentiasa disemai dalam kalangan murid dan guru melalui program dan aktiviti sekolah. Sambutan Bulan Kebangsaan adalah salah satu program yang membantu dalam melahirkan murid yang berjiwa patriotik. Pada tahun ini, Sambutan Bulan Kebangsaan diraikan dengan semangat Malaysia Baharu dengan bertemakan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”. SMK Orkid Desa tidak melepaskan peluang untuk merasai semangat tersebut dengan melaksanakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kebangsaan peringkat sekolah. 
         Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Encik Mohd Razali Bin Baharin pada 19 Ogos 2019 di Dewan Utama. Majlis tersebut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid termasuk persembahan Pidato Merdeka, nyanyian lagu patriotik dan Kuiz Bulan Kebangsaan. Majlis Sambutan Ambang Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Encik Abdul Samad Bin Othman, Pengetua SMK Orkid Desa pada 30 Ogos 2019. Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan sepanjang bulan kebangsaan termasuk pertandingan kelas patriotik,  kuiz bulan kebangsaan, peragaan pakaian tradisional dan program kibarkan jalur gemilang oleh murid-murid PPKI. 
           Majlis Penutup Bulan Kebangsaan diadakan pada 17 September 2019 di Dewan Utama. Murid dan guru yang memenangi pertandingan sempena Bulan Kebangsaan telah menerima hadiah dan penghargaan daripada pihak sekolah. Sambutan pada tahun ini berjalan lancar dan mendapat penglibatan yang baik daripada murid, guru dan AJK PIBG.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...